Baju Merah tukar lokasi demonstrasi ke pejabat Malaysiakini

Jamal dalam kenyataannya berkata beliau akan meninjau pejabat laman portal itu pada pukul 6 petang ini.

“Saya akan hadir di hadapan pejabat Malaysiakini lebih kurang pukul 6 petang untuk meninjau kawasan bagi perhimpunan 5 November ini,” kata Jamal, dalam kenyataannya.

Ketika sidang medianya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Jamal berkata keputusan itu diambil memandangkan laman portal berkenaan turut menerima dana daripada George Soros.

Related Articles