‘Baju Merah sudah, Baju Kuning bila lagi’

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan itu bagi membincangkan tindakan dan tujuan perhimpunan dilakukan.

Bersih 2.0 yang sinonim dengan Baju Kuning bagaimanapun katanya masih belum menghantar notis untuk penganjuran demonstrasi Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November depan.

Khalid berkata pihaknya tiada halangan bagi mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan selagi mematuhi peruntukan undang-undang dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).

“Kalau nak buat apa jua perhimpunan, buatlah kerana Akta Perhimpunan Aman memberi kebenaran untuk kita untuk berhimpun atau protes tetapi mestilah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Graduasi Peserta Kursus ‘Service Excellence Delivery In Action’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Katanya tindakan akan diambil terhadap penganjur perhimpunan yang tidak memberi notis.— Bernama

Related Articles