Bajet beri manfaat kepada lapisan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana

Melalui Bajet kali ini, Kerajaan mungkin akan membawa berita baik kepada lapisan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut Pakar Ekonomi, Kong Ling Long, kerajaan mungkin akan membuat penyelarasan dalam cukai individu bagi mengurangkan beban termasuklah mereka yang berpendapatan rendah antara RM7 ribu hinga RM8 ribu sebulan. Beliau juga mendedahkan, walaupun kerajaan membuat penyelarasan cukai individu namun ia tidak akan memberi kesan yang terlalu banyak kepada pendapatan negara kerana GST masih dilaksanakan.

Selain itu Kong Ling Long juga berpendapat kerajaan tidak akan menyelaraskan 6 peratus GST atas dua faktor iaitu pertama, kadar GST negara adalah paling rendah di rantau ini dan keduanya adalah atas faktor politik. Memandangkan PRU14 semakin hampir, tambahan pula kesan daripada ekonomi AS dan China, maka kadar GST tidak akan dinaikkan.

Beliau menambah memandangkan pelaksanaan GST telah meningkatkan pendapatan negara, maka kerajaan ada keperluan untuk mengkaji pengurangan cukai pendapatan korporat dan peribadi. Kerajaan perlu menetapkan satu jadual, secara berperingkat menyelaraskan kadar cukai dalam negara, selain daripada memastikan pematuhan, ia juga dapat meningkatkan keyakinan pelaburan asing kepada negara.

Sementara itu Presiden Institut Ejen-Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Erick Kho pula berharap kerajaan boleh mengambil berat mengenai isu kenaikan harga rumah untuk mengelakkan penambahan beban kepada pembeli rumah. Penurunan nilai ringgit telah membawa kesan rantaian, kos bahan binaan meningkat dan membawa kepada kenaikan mendadak harga rumah. Ini menyebabkan orang ramai tiada kemampuan, maka kerajaan perlu mengambil inisiatif yang perlu untuk mengurangkan harga rumah.

Selain harga rumah, Erick Kho juga mendedahkan perkara yang menjadi kebimbangan lain ialah pinjaman perumahan. Dalam hal ini beliau berharap kerajaan boleh melonggarkan dasar untuk mengurangkan beban rakyat. Terutamanya bagi pembeli rumah pertama, kebanyakan mereka merupakan anak-anak muda yang baru sahaja bekerja, tambahan pula tiada sejarah pinjaman menyebabkan permohonan pinjaman daripada bank sering disekat.

Erick Kho juga mengharapkan kerajaan boleh menyelaraskan cukai keuntungan industri bagi menarik lebih ramai pelabur dan rakyat melabur dalam negara, dengan ini dapat membantu menggalakkan pasaran industri.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng bimbang subsidi minyak masak 1kg dan 5kg untuk kegunaan rumah akan diselaraskan. Walaupun ia tidak memberi kesan kepada peruncit kita, pengeluar mendedahkan minyak masak hari ini tidak lagi berada di bawah penyeliaan bidang kuasa kementerian produk asal sebaliknya ia berada di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan dan Pengguna, oleh itu dibimbangi akan berlaku pelarasan subsidi. – Kwong Wah Yit Poh

Related Articles