Langkah baru ini akan menawarkan permit teksi individu dan geran RM5,000 untuk membeli teksi baharu. Menerusi langkah ini juga pemandu teksi dapat memperbaiki kualiti perkhidmatan, meningkatkan daya saing dan menambahkan pendapatan.
Di samping meningkatkan daya saing, langkah tersebut juga dapat memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Langkah tersebut juga dijangka pemandu teksi dapat menyaingi perkhidmatan Uber dan GrabCar yang menjadi cabaran hebat kebelakangan ini.
Beberapa hari sebelum pengumuman Bajet 2017, kira-kira lebih 50 pemandu teksi berkumpul di hadapan pintu besar Parlimen menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkhidmatan Uber dan GrabCar. Tindakan tersebut menunjukkan mereka masih berpegang kepada fahaman lama.
Tetapi bantahan tersebut tidak mendatangkan kesan, sebaliknya pihak kerajaan sudah mengakui Uber dan GrabCar sebagai perkhidmatan yang sah dan dapat membantu meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat. Namun kerajaan juga berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi termasuk menghadapi masalah kemerosotan pendapatan dengan memperkenalkan beberapa langkah mulai tahun depan.
Sebenarnya, perkhidmatan teksi sudah lama menghadapi masalah. Jika perkhidmatannya tidak diubah nescaya tiada peningkatan. Pemandu teksi perlu mengubah sikap dan mampu berdaya saing. Perkhidmatan yang berkesan bukan sahaja memberi manfaat kepada penumpang bahkan memberi keuntungan kepada diri sendiri. – Sin Chew Jit Poh