Bajet 2017 diluluskan peringkat dasar

Seramai 117 Ahli Parlimen menyokong manakala 70 menentang dan 11 lagi tidak mengundi apabila undian belah bahagian diadakan.

“Keputusan belah bahagian adalah seperti berikut, yang tidak mengundi 11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali kedua, 70 orang, yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang dibacakan kali kedua, 117 orang,” kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Rang Undang-Undang itu diluluskan di peringkat dasar selepas selesai penggulungan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.

Related Articles