Azmin pertahan serangan Twitter terhadap Saari

Menurut beliau, tindakannya itu adalah demi mempertahankan mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Ini bukan mengenai pilihan saya atau pilihannya (Saari). Ia adalah pilihan yang dibuat oleh rakyat. Maka kita (kerajaan negeri) perlu terus bangunkan Selangor.

“Saya harap tak ada pihak cuba buat kenyataan renggangkan muafakat yang ada. Pada ketika itu (PRU-13) tak ada AMANAH, ada PAS.

“Kita pun (di Selangor) dah wujudkan Pakatan Harapan. Masih lagi kerjasama dengan PAS,” kata Azmin ketika ditemui selepas forum di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin.

Jelas Azmin lagi, kerajaan negeri Selangor masih kekal dalam PR meskipun pakatan itu secara nasionalnya telah terbubar tahun lalu dan membentuk satu pakatan baru iaitu, Pakatan Harapan.

Namun, di negeri berkenaan, PAS masih lagi kekal dalam PR bersandarkan kepada mandat yang diberikan kepada rakyat pada PRU lalu.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengingatkan semua pihak bahawa pihak istana Selangor tidak pernah mencampuri urusan politik negeri terbabit.

“Kita harus pertahankan demokrasi. Kedua pertahan mandat rakyat dan beri perkhidmatan.

“Kita juga harus pertahankan institusi raja termasuk di Selangor. Kita harus bersyukur institutsi raja di Selangor tidak mencampuri pentadbiran dan urusan politik.

“Jadi jangan buat kenyataan (yang) boleh timbulkan persepsi tak baik. Saya mau semua pihak hormati sentimen ini,” katanya.

Sementara itu, Saari seperti yang dilaporkan Projek MMO hari ini berkata bahawa dirinya tidak mempunyai isu dengan Timbalan Presiden PKR itu.

Malah Adun Hulu Kelang itu juga berkata bahawa tulisan di Twitter Azmin itu bukanlah dari Azmin sendiri.

Related Articles