Memetik kenyataan di laman Facebook Ummi, beliau berkata, layanan Azmin terhadap ibunya juga seakan “plastik” kerana takut dengan pertanyaan pemberita berhubung hubungan dua beranak itu.
“Wajarkah kau bercuti ke London ketika ibu kritikal di ICU, akal mana? penting sangatkah sambut New Year di London atau kejar ‘Boxing Day’ di London tu, penting sangat ke?
“Layakkah kamu memimpin Ummah kalau ibu sendiri pun diabaikan, kalau terjadi sesuatu kepada emak ‘in between’, kau tak sesal ke seumur hidup?
“Tak payah plastiklah dengan rakyat kata kau ziarah mak kau setiap hari, hakikatnya Allah tahu, anak mana yang tepi emak berjam-jam baca Al-Quran setiap hari, tak payah dramalah,” kata Ummi, memetik kenyataan Facebooknya, pada Jumaat.
Dalam kenyataan itu turut dilampirkan gambar Ummi memakai penutup mulut bersama-sama ibunya di hospital.
Ummi bagaimanapun tidak menyatakan hospital tempat ibunya dimasukkan ke ICU.
Beliau turut mendakwa, Azmin juga tidak menjemput ibunya ketika penerimaan pingat darjah kebesaran yang membawa gelaran “Datuk Seri”.
“Masa kau dilantik jadi orang besar siapa yang kau bawa masuk istana, bukan ibu yang melahirkan kau, tapi kau bawa masuk ibu mertua kau yang memang selalu kau heret satu dunia pun, sekali lagi mak berjujuran air mata menangis teresak-esak, aku yang menenangkannya, ketika itu ada kau tahu.
“Sekali lagi masa kau nak pingat gelaran Datuk Seri, nama hajah Che Tom tiada dalam senarai istana. Mak meraung sepuas hati, mana tidaknya, jiran tetangga kata dia ibu bertuah melahirkan anak yang dapat jadi pemimpin, tapi hakikatnya Allah sahaja tahu kehancuran hatinya apabila anaknya tidak memuliakaan dia sebagai ibu,” kata Ummi lagi.