Azmin bentang Belanjawan Selangor defisit RM900 juta

by SM Amin

Kata Azmin, perkara itu disebabkan peningkatan substantif dalam perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1.8 bilion iaitu 52 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Selangor.

Kata Azmin, perbelanjaan pembangunan tersebut merupakan yang terbesar pernah diperuntukkan oleh oleh kerajaan Selangor jika hendak dibandingkan dengan Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

“Bajet Persekutuan yang dibentang oleh PM memperlihatkan ketidakbertanggunjawaban 18 peratus saja untuk memajukan pembangunan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam di sini.

Kerajaan Selangor sebelum ini dikritik hebat kerana terlalu menjimatkan duit sehingga gagal menguruskan pelbagai isu terutamanya sampah di negeri itu.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan kaedah pengurusan sampah dan sisa pepejal di Selangor yang disifatkkannya banyak kelemahan.

Related Articles