Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar berkata ia berikutan krisis air di beberapa kawasan di negeri ini sejak beberapa hari lalu.
“Saya difahamkan Sungai Langat telah tercemar akibat pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang yang dibina berhampiran sungai.
“Sepatutnya, dari awal lagi kerajaan negeri perlu bertindak dengan memantau kegiatan kilang-kilang ini tetapi malangnya, datang pun tidak, apa lagi nak memantau?” katanya.
Jelas Noh, kesan daripada gangguan bekalan air ini, beribu-ribu rakyat terpaksa menanggung sengsara yang kerajaan negeri seperti tidak ambil peduli.
“Masalah air ni bukannya baharu tetapi dah lama dan kerap berlaku terutama di kawasan Semenyih tetapi kecuaian kerajaan negeri punca ia berlaku,” katanya.
– Makkal Osai