Azhar nafi buat SD baru penipuan Deklarasi Rakyat

by SM Amin

Kata Azhar, selepas membuat pendedahan menjual 900,000 nama bagi menipu tanda tangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat, beliau hanya berdiam diri bagi memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan.

“Tak betul (SD) tu. Saya diam sebelum ini sebab nak biar polis siasat perkara ini. Tetapi bila diam timbul cerita macam ini,” katanya ketika dihubungi RakyatPost.my.

Beberapa laman Facebook seperti Otai Bersih dan Kelab Mukhriz Mahathir hari ini memuat naik SD baru Azhar kononnya menafikan SD beliau sebelum ini untuk mengelakkan tindakan undang-undang.

Dalam SD pertamanya, Azhar mendakwa beliau dimaklumkan nama-nama berkenaan akan digunakan untuk memorandum Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan urus niaga dijalankan secara atas talian dengan Ema atau juga dikenali sebagai Ratu Naga.

Menurut Azhar, Sekretariat Deklarasi Rakyat tidak membuat sekarang tindakan selepas beliau membuat pendedahan tersebut.

“Sekretariat Deklarasi Rakyat tidak ada kecoh-kecoh hal ini. Cuma nama dalam print screen tu yang kecoh sangat.

“Jelas ia mungkin Sekretariat tak tahu ada pemalsuan. Pemalsuan dijalankan secara rahsia. Sepatutnya Sekretariat kena siasat benda ini,” ujarnya.

Related Articles