Azhar mungkin baru pulang ke Sg. Besar – Budiman

by SM Amin

Beliau yang juga merupakan ADUN Sungai Panjang berkata terdapat pelbagai produk pelancongan di Sungai Panjang yang mampu memberi pendapatan tambahan kepada penduduk di situ.

“Mungkin beliau baru pulang ke Sungai Panjang. Ada banyak eco pelancongan di sini.

“Kita ada homestay-homestay, pesisir laut yang digunakan pelancong untuk memancing ikan, kawasan kelip-kelip, enggang dan macam-macam lagi.

“Dari segi pendidikan, kita sudah ada MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) Sg. Besar,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi BN di sini.

Azhar sebelum ini mendakwa pembangunan di kawasan Sungai Panjang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Sekinchan.

Mengulas lanjut serangan lawannya itu, Budiman menyifatkan idea PAN mampu membangunkan sektor pelancongan umpama tidak berpijak dibumi yang nyata.

“Dia boleh bkata sedemikian tetapi kita cuba lihat realitinya. PAN hendak majukan bagaimana?

“Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional. Dalam kerajaan negeri pula tidak ada satu exco dr PAN,” ujarnya.

Related Articles