‘Ayah Harun’ selamat dikebumikan

Harun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.15 petang semalam selepas dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semasa menjalani pemeriksaan kesihatan bagi keupayaannya memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi Kuantan, yang dijadualkan pada 22 Ogos ini.

Abang kepada Harun, Datuk Abdul Rahman, 59, berkata kehilangan dirinya amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga dan sahabat handal arwah

Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu dengan arwah adalah semasa arwah di penjara baru-baru ini.

“Semasa berjumpa dengannya di penjara waktu itu pun dia sudah ada penyakit strok dan kencing manis.

“Tidak sangka itulah kali terakhir saya bertemu dengan arwah dan semasa bertemu dengan arwah Kami banyak bercerita mengenai kenangan sewaktu kecil-kecil dahulu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, Harun meninggalkan tiga isteri dan isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 33 juga kini sedang menjalani hukuman penjara.

Turut kelihatan adalah beberapa kakitangan Pejabat Agama Daerah, polis, dan sekitar 100 orang turut menghadiri upacara tersebut.

 

Related Articles