Awie dakwa Rozana panas baran

Memetik laporan Kosmo Online, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata sepanjang perkahwinan dengan bekas isterinya kira-kira 11 tahun lalu, dia pernah melihat Rozana, 38, memaki hamun tiga anak mereka iaitu Putera Ahmad Merrah, 10, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Pu­teri Qasseh Antasha, 6.

“Antara kata-kata Rozana kepada anak-anak kami ialah ‘aku pijak mampus’ yang ditujukan kepada anak sulung kami, Putera Ahmad Merrah.

“Pada saya, seorang ibu tidak sepatutnya memaki hamun dengan perkataan sebegitu apatah lagi kepada seorang anak kecil,” katanya di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris pada prosiding kes hadanah (penjagaan anak) kekal.

Related Articles