Atasi segera masalah kerakyatan kaum India

Pasukan Bertindak Khas India (SITF) di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan masyarakat India perlu dirombak semula.

“Malah kini sudah tiba masanya untuk menyelesaikan masalah kerakyatan India dari segi aspek politik menjelang 2020,” kata Dr. Danisen Jayasooriya.

Kata beliau SITF yang ditubuhkan itu hanya fokus masalah kebajikan india dari aspek ekonomi dan perniagaan sahaja malah tidak peka isu dan masalah ketiadaan dokumen kewarganegaraan masyarakat India.

“Adalah penting SITF turun untuk tindakan fasa kedua dalam isu kerakyatan India ini.

“Ini kerana masalah kerakyatan masih menghantui komuniti India di negara ini tanpa penyelesaian.

“Ia boleh dikatakan sebagai krisis bersejarah untuk komuniti ketiga terbesar itu,” ujarnya lagi. – Malaysia Nanban

Related Articles