ASWAJA buat laporan polis terhadap Asri

by SM Amin

Laporan polis itu dibuat ekoran tindakan Mufti Perlis itu memuatnaik kenyataan di laman Facebooknya berunsur fitnah selain menyamakan pertubuhan itu dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF).

Dalam laporan polis itu, ASWAJA mahu pihak berkuasa keselamatan menjalankan siasatan terhadap Asri berhubung motifnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Melalui laporan polis itu, ASWAJA mendakwa tindakan Asri itu adalah bersifat menghasur masyarakat supaya membenci ASWAJA dan boleh mendatangkan kegelisahan dalam masyarakat.

“Tindakan Asri bukan saja mencemarkan nama baik ASWAJA, malah turut mendatangkan ugutan terhadap Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zin. Bukan itu saja beliau juga memanipulasi kenyataan media pertubuhan ini bagi menimbulkan kebencian masyarakat terhaap pertubuhan ini.

“Kita persoalkan tindakan beliau kerana ASWAJA tidak pernah mengeluarkan kenyataan secara rasmi mahupun tidak rasmi membantah kehdiran Dr Zakir Naik ke Malaysia. Kita mahu polis menjalankan siasatan berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada.

“Ini adalah langkah pertama ASWAJA, kita akan teruskan tindakan susulan dengan mengambil tindakan undang-undang,” jelas pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Asri di laman Facebooknya mendakwa ASWAJA sealiran dengan HINDRAF kerana mempertikai dan membantah kehadiran penceramah dari India itu ke negara ini.

ASWAJA dalam kenyataannya selepas itu menyelar kenyataan Asri selain menegaskan pertubuhan itu tidak pernah menghalang kehadiran Zakir Naik ke negara ini.

Related Articles