Asri jemput pemanjat ‘IPOH’ ke pejabatnya

Asri berkata, beliau melihat kumpulan lapan anak muda berusia 20 hingga 24 tahun itu mempunyai keberanian dan kemampuan tertentu yang boleh disalurkan untuk negeri tersebut.

“Saya rasa ingin menjemput remaja yang memanjat ‘IPOH’ ke pejabat saya jika mereka sudi. Mereka telah pun mohon maaf atas tindakan mereka. Apapun, saya lihat pada mereka ada keberanian dan kemampuan tertentu.

“Mungkin saya boleh bincang dengan mereka aktiviti yang lebih bermanfaat untuk dibuat di Perlis.

“Semoga insan-insan berkebolehan dan ada keberanian seperti mereka dapat menyalurkan kelebihan itu kepada sesuatu yang boleh kita manfaatkan bersama,” kata Asri di laman sosial Facebook miliknya.

Sebelum ini, kesemua lima lelaki dan tiga perempuan dalam kumpulan berkenaan tampil memberi keterangan kepada pihak polis selepas menerima kecaman masyarakat gara-gara aksi berbahaya yang menjadi viral di laman media sosial itu.

Related Articles