ASNB umum agihan pendapatan 6.30sen seunit

Agihan pendapatan ASNB yang anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) diumumkan Pengerusi PNB yang baharu, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Abdul Wahid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM1.146 bilion yang akan dapat dimanfaatkan oleh lebih 878,000 pemegang unit yang telah melanggan 18.193 bilion unit ASW 2020.

Katanya, sehingga 24 Ogos 2016, tabung ASW 2020 memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM1.394 bilion. Daripada jumlah itu, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM735.83 juta atau 52.8 peratus.

“Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM451.70 juta atau 32.4 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di ibu negara pada Jumaat.

Related Articles