AS sah tarik diri TPP

Memulakan seminggu pertama memegang jawatan presiden Amerika Syarikat yang ke 45, Trump mula melancarkan agenda dasar beliau dengan menandatangani satu siri perintah eksekutif.

“Kami telah bercakap mengenai ini sejak sekian lama,” Trump berkata ketika menadatangani perintah eksekutif di pejabat Oval pada Isnin.

TPP dianjurkan Washington dan ditandatangani oleh 12 negara pada 2015.

TPP masih belum berkuat kuasa dan tindakan Amerika Syarikat menarik diri daripa TPP dijangka akan menamatkan pakatan perdagangan itu.

Negara yang menyertai termasuklah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Brunei bersama-sama mewakili 40 peratus daripada ekonomi dunia.

Related Articles