APMM kutip lebih RM300 juta

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim. Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata hasil berkenaan diperoleh menerusi lelongan ikan, kompaun serta denda yang dikenakan kepada nelayan asing yang ditahan.

Katanya, dalam tempoh berkenaan sebanyak 925 buah bot nelayan asing bersama 7,368 kru antaranya warga Vietnam, Thailand dan Indonesia ditahan oleh APMM.

“Vietnam mencatatkan bilangan bot tertinggi yang ditahan iaitu 502 buah bot dan diikuti Indonesia dan Thailand, masing-masing 303 bot dan 100 bot manakala selebihnya dari Filipina (tujuh), China (enam), Singapura (enam) dan sebuah dari Brunei,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya baru-baru ini.

Ahmad Puzi menegaskan APMM akan menjejaki serta membuat pemeriksaan terhadap pergerakan kapal-kapal atau bot-bot yang mencurigakan tanpa mengira kawasan dan masa. – Bernama

 

Related Articles