APM pantau keadaan fenomena air pasang di Kuala Muda

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata, sehingga pukul 4 pagi, tiada mangsa yang dipindahkan di mana-mana pusat pemindahan di Alor Setar.

“Sehingga kini tiada pusat pemindahan yang dibuka bagi menempatkan mangsa tetapi kita dalam keadaan siap siaga untuk proses pemindahan jika perlu.

Tiga kampung yang terlibat iaitu Kampung Padang Salim, Kampung Hujung Matang dan Kampung Masjid yang melibatkan 14 orang dari empat keluarga yang mana paras air di dalam rumah setinggi 0.3 meter,” katanya kepada Bernama.

Azahar berkata, kejadian berlaku berikutan fenomena air pasang besar yang disertai dengan tiupan angin kencang dari laut ke daratan.

“Hujan lebat berterusan juga menyebabkan sistem perparitan dipenuhi air hingga menyebabkan banjir. Kita akan terus membuat pemantauan rumah yang terlibat dalam kejadian banjir kilat ini,” katanya. – Bernama

 

Related Articles