“Spot Message”, aplikasi yang diinspirasikan oleh permainan Pokemon Go ini dihasilkan oleh Yoshiyuki Katori iaitu pemilik syarikat pengeluar batu nisan Ryoshin Sekizai di Katori, Jepun.
Aplikasi ini merupakan impiannya yang berjaya dicapai untuk mengekalkan memori bagi mereka yang telah mati kepada reality.
“Pakcik saya, mati 8 tahun lalu apabila ditimpa struktur binaan di kedai catnya semasa bekerja.
“Kematiannya datang secara tiba-tiba jadi menyebabkan itu telah menghancurkan kegembiraan keluarganya. Saya sangat menghormatinya, jadi saya selalu melawat kuburnya untuk berbual dan berbincang pendapat berkenaan perniagaan saya.
“Saya selalu terfikir, tentu seronok kalau dia mampu untuk bercakap dengan saya dan memberitahu ‘Apa khabar awak?’ atau ‘Bertabahlah’,” kata Katori yang berusia 33 tahun.
Keinginannya untuk mendengar kata-kata inspirasi dari pakciknya telah mendorongnya untuk mencipta aplikasi realiti ini untuk menanam mesej yang direkod lebih awal dari orang yang telah mati di kubur atau tempat yang istimewa untuk mereka.
Aplikasi Spot Message ini direka khas bagi mereka yang ingin meninggalkan mesej video atau gambar kepada orang yang tersayang selepas mereka mati dengan menggabungkan imej alam maya dengan landskap sebenar, seperti yang sedang dilakukan Pokemon Go.
Namun, Katori memberitahu bahawa aplikasi ini juga boleh digunakan untuk fungsi lain seperti meninggalkan mesej sempena ulangtahun perkahwinan di tempat melamar untuk dijumpai pada hari tersebut, atau mesej tahniah untuk pendaki gunung yang berjaya sampai ke puncak.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dan setiap pengguna boleh menghantar sehingga 10 mesej dengan mendaftar. Untuk ruang simpanan data lebih besar yang menggunakan server syarikat tersebut, pengguna perlu menbayar untuk menghantar lebih dari 30 mesej kepada 200 kenalan.
Aplikasi ini akan dilancarkan pada bulan September bagi pengguna Android, namun versi iPhone juga difahamkan akan turut dilancarkan pada bulan yang sama.