Apakah perjuangan sebenar Parti Pribumi?

Kalau cukai dibayar sepenuhnya mengikut undang-undang, maka tidak perlu untuk peniaga kenalan beliau berasa risau. Ini tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Tun Mahathir juga mengadu bahawa peniaga kenalan beliau tidak dibenar mengadakan bisnes dengan Proton.

Saya yakin bahawa pihak pengurusan Proton sekarang mengurus secara profesional dan akan memilih pembekal dan kontraktor yang harganya berpatutan dan bermutu tinggi. Pihak pengurusan Proton tidak patut memilih pembekal ataupun kontraktor hanya berasaskan peniaga-peniaga ini adalah kenalan mantan Perdana Menteri.

Penulisan Tun Mahathir menimbulkan soalan apakah perjuangan sebenar Tun Mahathir dan parti baru beliau.

Adakah perjuangan mereka semata-mata untuk hak peniaga-peniaga dan hartawan-hartawan kenalan mereka untuk tidak membayar cukai berpatutan ataupun hak untuk menjalankan perniagaan dengan Proton?

 

Dipetik dari Facebook Rizal Mansor

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related Articles