Apa yang dibimbangkan CUEPACS?

by SM Amin

Beliau mengingatkan semua supaya berdoa untuk ‘paras air’ naik! Ketika ini perbendaharaan agak tenat, sebarang tuntutan yang melibatkan ‘duit’ bukanlah satu masa yang sesuai. TPM menjelaskan bahawa tahap kewangan negara tidak mencapai piawaian, dan perlu menunggu kewangan meningkat barulah boleh meminta tuntutan.

CUEPACS telah meletakkan tuntutan agar kerajaan mengekalkan bilangan penjawat awam sedia ada sebagai nombor satu. Dengan keadaan perbendaharaan yang tenat ini, penjawat awam paling bimbang sekiranya mereka diberhentikan.

Sebenarnya tuntutan CUEPACS ini dilihat sudah direndahkan sedikit kerana pada bulan Jun lalu, dialog yang diadakan MOF dengan CUEPACS telah menggesa kerajaan agar menambah lagi penjawat awam sekiranya ekonomi semasa pulih sedikit. Alasannya adalah selepas kenaikan minyak daripada USD30 setong kepada USD50 setong, ekonomi negara juga mulai baik, jadi kerajaan perlu segera menarik balik pembekuan permohonan penjawat awam, menambahbaik dan mewujudkan jawatan baharu.

Kongres itu juga berkata pengurangan subsidi pakaian seragam adalah satu tamparan kerana segelintir penjawat awam yang menerima tiga set baju kemudian dikurangkan sehingga satu set sahaja sekali gus memberi kesan kepada imej kerajaan. Malah pembekuan permohonan penjawat awam juga memberi kesan kepada golongan muda yang bercita-cita mahu menyertai sektor awam.

Dilema terbesar negara sejak tahun-tahun kebelakangan ini adalah kadar pertukaran yang berterusan menjunam telah menjadi ujian kepada keyakinan pelabur asing. Bercakap mengenai prospek masa hadapan, ahli ekonomi masing-masing mempunyai pendapat peribadi. Ahli ekonomi tempatan menyatakan ringgit akan kembali stabil, ahli ekonomi luar negara pula berpendapat ‘musim sejuk masih belum tiba’ dan tahun hadapan dijangka akan memperlihatkan SGD1=RM3.50.

Dalam kontroversi RM50 juta peruntukan SJKC pula, ia sebenarnya mencerminkan keadaan kewangan semasa kerajaan. Perbelanjaan penjawat awam yang merupakan paling besar kini sudah tiba masanya untuk dipandang serius.

Dalam laporan Institut Pulau Pinang yang menyatakan kerajaan hanya memerlukan 400 ribu penjawat awam sahaja, Timbalan Menteri Kesihatan, Hilmi Yahaya berkata, apabila DAP memerintah, akan berlaku lebih banyak pengangguran penjawat awam. Dalam mencerminkan masalah yang kita lihat ini, masing-masing ada pengiraan mereka sendiri.

Adalah tidak mungkin untuk menyinggung perasaan sebahagian besar penjawat awam, malah parti politik juga tidak mungkin akan melakukannya. Ketika kita menghadapi keadaan mustahil untuk mengurangkan penjawat awam, ia menandakan negara kita sedang berada di ambang muflis dan kita perlu mengambil pengajaran daripada kebankrapan Greece. – Nanyang Siang Pau

Related Articles