Presiden Hua Zong, Pheng Yin Huah dengan optimisnya berkata, hubungan erat antara dua pemimpin tertinggi Malaysia dan China akan membawa kesan yang lebih positif terhadap hubungan rakan strategik bahkan akan memberi kesan positif terhadap masyarakat Cina dan pembangunan pendidikan Cina. Penulis berpendapat sikap optimis Pheng Yin Huah terhadap pembangunan pendidikan Cina ini perlu bertempat kerana kita boleh melihat lebih dekat pengagihan sumber negara dan sikap kerajaan yang dipimpin oleh UMNO terhadap pendidikan Cina.
Berdasarkan Laporan Statistik KPM pada tahun 2015, sistem pendidikan negara terdiri daripada 5943 buah Sekolah Kebangsaan (SK), 1296 buah SJKC, dan 523 buah SJKT. Laporan Statistik KPM pada tahun 2011 menyatakan, pelajar SK menyumbang 75.41 peratus daripada jumlah keseluruhan, SJKC 20.99 peratus dan SJKT 3.60 peratus.
Walaupun ketika ini statistik terbaru tidak diperolehi bagi sekolah pelbagai aliran, namun kita mendapati bilangan sebenar pelajar yang didaftarkan di SJKC dan SK adalah tidak seimbang. Dengan erti kata lain, bilangan pelajar di SJKC adalah berkepadatan tinggi manakala bilangan pelajar di SK berkepadatan rendah.
Pheng Yin Huah telah meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan Najib sebelum melawat negara China namun pengumuman Bajet 2017 mencadangkan bahawa sebanyak RM600 juta diperuntukkan untuk menaik taraf sekolah. Pengagihan kepada sekolah pelbagai aliran adalah seperti berikut: SK RM250 juta, SJKC 50 juta, SJKT RM50 juta dan sekolah mubaligh RM50 juta.
Jelas sekali bahawa kerajaan lebih berat sebelah dalam pembahagian sumber kepada SK. Malah program prasekolah yang melibatkan 50 ribu kanak-kanak juga mendapat peruntukan sebanyak RM85 juta sekali gus mewujudkan dilema terhadap pengagihan sumber negara kepada SJKC dan SJKT. Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Persendirian Cina juga sama tidak mendapat peruntukan yang adil.
Ramai orang menaruh harapan yang tinggi terhadap kebangkitan negara China. Mereka berpendapat kebangkitan China bermakna kerajaan perlu melatih lebih ramai golongan profesional yang tahu bahasa Cina kerana ia akan memberi faedah kepada pembangunan pendidikan Cina dalam negara. Hakikatnya, dasar perdagangan antarabangsa dan dasar pendidikan dalam negara yang terjejas akibat politik kaum adalah tidak konsisten.
Jika berdasarkan kata-kata Pheng Yin Huah, kerajaan bersedia untuk membawa masuk khidmat guru China ke Malaysia, maka apa yang kami patut tanyakan ialah: Mengapa kerajaan tidak mengiktiraf SMPC, sijil tamat belajar Taiwan atau China? Adakah tahap bahasa Cina pelajar ini tidak cukup untuk memenuhi kehendak kerajaan? Adakah mereka tidak dapat membantu meningkatkan bilangan pegawai kerajaan yang mahir dalam bahasa Cina? Atau mengapa mereka yang mahir bahasa Cina tidak memohon menjadi pegawai kerajaan?
Jika anda buka jawapan Bajet, sudah tentu semua ilusi mengenai ‘memperbaiki sistem pendidikan Cina’ dengan membawa guru bahasa Cina dari China tidak akan muncul. Apa kaitan hubungan baik Malaysia dan China dengan pendidikan Cina? Semuanya sekadar dasar perdagangan antarabangsa sahaja bahkan tidak akan mengubah pengagihan sumber negara pada pendidikan Cina yang terpinggir. – Oriental Daily