Apa beza UMNO dan PKR, soal Chegubard?

Beliau telah dipecat setelah Lembaga Disipilin sebulat suara pada 4 Ogos lalu memutuskan untuk melucutkan segala jawatan beliau bersama parti tersebut.

“Apa beza PKR dengan UMNO apabila dedah salah laku dan serang rasuah merupakan satu jenayah. Cuma kena ingat saya duduk dalam kelambu bukan sekadar ruang tamu PKR,” katanya memetik tulisan beliau di Facebook pada Jumaat.

Chegubard menerima email pemecatan berkenaan awal pagi ini dan surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Pemecatan beliau adalah berlandaskan alasan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.

Tindakan itu diambil dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan Parti atas dakwaan tersebut.

Beliau dipercayai dipecat daripada PKR ekoran mendedahkan skandal Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang merupakan Menteri Besar Selangor menerima banyak serangan skandal rasuah melibatkan kepimpinannya di negeri berkenaan termasuk isu Paya Indah Wetlands yang didedahkan beliau baru-baru ini.

 

Related Articles