Jelasnya,semua pihak yang terlibat secara langsung dalam perjanjian kerjasama berkenaan iaitu PKR, DAP Amanah dan PPBM perlu bekerja lebih keras dan gigih untuk berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PPBM dan PH telan mempersetujui kerjasama itu dengan tujuh perkara pokok.
Pemimpin mewakili keempat-empat parti pembangkang itu menandatangani dokumen perjanjian tersebut pada Isnin lalu.
Antaranya melibatkan pengagihan, kerusi, kenyataan pilihan raya yang bersepadu, logo bersama untuk pembangkang menentang BN dan beberapa perkara lain lagi.
Bagaimanapun para penganalisis politik berpendapat, walaupun kerjasama terjalin antara PH dan PPBM, ketiadaan PAS akan menjadi satu kekurangan besar.
Ikatan kerjasama ini juga merangkumi persetujuan menubuhkan jawatankuasa kepakaran bagi membincangkan kesemua perkara yang dipersetujui termasuk memujuk parti pembangkang yang belum menyertai pakatan. – Malaysia Nanban