Anwar positif penubuhan parti baru Tun M

Beliau bagaimanapun berkata perkara itu terpulang kepada keputusan mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita bersedia untuk bekerjasama dengan mereka dan saya rasa ianya sesuatu yang positif.

“Bagaimanapun kita tunggu Tan Sri Muhyiddin punya keputusan sebab keputusan berkenaan itu perlu diputuskan Muhyiddin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat ketika diminta mengulas berkenaan penubuan parti baru seperti yang diumumkan Dr Mahathir semalam.

Penubuhan parti baru itu dianggotai parti-parti politik pembangkang dengan matlamat untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dalam perkembangan yang berbeza, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata beliau menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menawarkan gencatan senjata dikalangan pembangkang.

“Saya melihat satu kenyataan positif yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS, dan kita melihat untuk bekerjasama dengan mereka,” kata Anwar.

Tuan Ibrahim berkata demikian melalui satu posting di Facebook beliau untuk melaksanakan gencatan senjata sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar iaitu UMNO, BN.

Tuan Ibrahim turut mencadangkan supaya parti pembangkang mencari titik kompromi, yang katanya tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

Kenyataan itu turut disambut baik Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin DAP.

Related Articles