Anwar beri ruang kepada DAP bincang soal PRN Pulau Pinang

“Kalau (di) Pulau Pinang itu mereka sedang meneruskan perbincangan tentang masa depan, biarkan mereka bincang diadakan pilihan raya atau tidak,” katanya memetik laporan Malaysiakini ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan rasa simpati terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yag kini berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah.

“Saya meluahkan sokongan simpati kepada Lim.”

Hari ini, Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dipercayai akan mengadakan pertemuan di Pulau Pinang bagi membincangkan mengenai pilihan raya tergempar yang disebut-sebut sejak semalam.

Turut difahamkan, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turun ke Pulau Pinang petang ini bagi menyertai pertemuan dan perbincangan berkenaan memandangkan Guan Eng tidak hadir dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan lewat malam Selasa.

Related Articles