Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, dalam kejadian jam 4.00 pagi tadi di Pelabuhan Klang itu, lelaki yang berusia 21 tahun itu cuba untuk keluarkan semula kemaluannya tetapi tidak berjaya.
“Lelaki tempatan yang berusia 21 tahun tersebut cuba memotong sendiri botol mineral yang digunakan dengan gergaji logam tetapi telah menyebabkan kecederaan kepada kemaluan mengakibatkan pendarahan yang agak banyak.
“Pasukan penyelamat dari BBP (Balai Bomba dan Penyelamat) Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.25 pagi.
“Botol mineral berjaya dipotong dan dikeluarkan dari kemaluan lelaki tersebut dalam tempoh 10 minit dan mangsa diberi rawatan awal bagi menghentikan pendarahan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anpuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” katanya.
Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.34 pagi apabila mangsa selamat tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah.