“Saya nak ingatkan Annuar untuk cermin diri sendiri dahulu sebelum mempertikaikan urus tadbir kelab bolasepak JDT yang diterajui oleh Tunku Ismail.
“Selesaikan dahulu masalah yang sedang melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan jangan tinggalkannya begitu sahaja untuk harapkan kerajaan Persekutuan atau negeri untuk selamatkannya.
“Untuk pengetahuan Tan Sri, sebelum Stadium Larkin diambil alih oleh Tunku Ismail, kualiti stadium tersebut sangat teruk dengan kerusi patah, cat pudar, tandas yang kotor dan sebagainya.
“Sekarang, di bawah pengurusan kelab bolasepak JDT, banyak pembaharuan telah dilakukan. Pembaharuan yang mengembalikan roh bolasepak ke Johor,” katanya.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, pihaknya mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pembelian sebuah kereta mewah oleh Annuar.
“Tan Sri harus menjawab tuduhan penyelewengan wang rakyat Kelantan berkenaan pembelian kereta Porsche Panamera milik Tan Sri. SPRM harus siasat pembelian tersebut,” katanya. -Tamil Malar