Annuar Musa ke SPRM beri keterangan

Beliau tiba jam 8.57 pagi tadi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam.

Sejurus tiba beliau dilihat terus memasuki pejabat SPRM.

Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan yang juga Ketua Penerangan UMNO itu tiba ke tanah air semalam selepas berada di Auckland, New Zealand bagi menghadiri urusan rasmi MARA.

Ketika tiba di Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, beliau disambut kira-kira 400 penyokongnya.

Selasa lalu, Annuar diminta bercuti sementara sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PMB.

Keputusan bercuti itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar Majlis MARA bagi memberi laluan kepada siasatan audit dalaman berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan oleh anak syarikat MARA, iaitu PMB dan UniKL.

Related Articles