Annuar Musa digantung tugas Pengerusi MARA

Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) turut digantung berkuat kuasa tarikh sama.

Sehubungan itu semua tugas Annuar di agensi itu akan dipangku Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi di tingkat 26, ibu pejabat MARA, di ibu negara.

Mesyuarat berkenenaan dipengerusikan Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Dr Yusof berkata, Annuar sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tugasnya dan beliau akur dengan keputusan itu.

Related Articles