Annuar akan terus ke SPRM sebaik tiba di Malaysia

Annuar memberitahu, beliau wajib memberikan kerjasama kepada SPRM dan menghormati tugas pihak berkuasa itu.

“Insya-Allah, esok saya pulang ke tanah air. Perkara pertama yang ingin saya lakukan adalah awal-awal pagi ke SPRM untuk disiasat.

“Penerbangan lebih 10 jam pasti meletihkan. Apa pun sebelum pejabat SPRM dibuka, saya harap dapat berada di sana supaya ada masa yang panjang dan cukup untuk mereka menjalankan tugas, insya-Allah,” katanya dalam laman Facebook miliknya, malam tadi.

Annuar dijangka tiba di tanah air malam hari ini.

Semalam, beliau Annuar dinasihatkan bercuti sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) bagi memberi laluan kepada proses siasatan termasuk isu penajaan PMB serta Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.

Dalam pada itu, Annuar mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan beliau terus memegang jawatan Ketua Penerangan parti.

“Saya ada pandangan sendiri mengenainya dan insya-Allah akan cuba bertemu Presiden kemudian. Buat masa ini SPRM didahulukan, insya-Allah,” jelas beliau.

Related Articles