Angkara Abu Mayat, Pekerja Krematorium Dibelasah

GEORGE TOWN: Seorang pekerja krematorium terpaksa menjalani pembedahan di kepala akibat dipukul ahli keluarga kepada mendiang wanita, yang mana mayatnya diuruskan syarikat krematorium tersebut dalam kejadian krematorium Batu Gantung di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 45 tahun mengalami kecederaan parah di kepala selepas dipercayai dipukul menggunakan kayu oleh suspek.

Impak pukulan itu mennyebabkan mangsa pengsan di tempat kejadian sebelum rakan sekerja membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, lelaki itu dipukul susulan didakwa tidak mengikut arahan keluarga si mati berhubung proses menguruskan abu mayat ibu mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan suspek yang terlibat dalam kes itu telah ditahan.

“Suspek berusia 40-an itu direman selama tiga hari sehingga 4 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Manakala mangsa pula, masih menerima rawatan di HPP,” katanya. – MalaysiaGazette

Related Articles