Angka 15 dalam 2016

Walaupun berlaku tanpa disedari, terdapat lima kejadian yang secara tidak langsung mengambarkan betapa berpengaruh angka 15 dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Pada 15 Mac, portal berita didakwa pro pembangkang iaitu The Malaysia Insider menamatkan operasi mereka selepas hampir lapan tahun menyalurkan pilihan berita kepada rakyat Malaysia.

Pemberhentian operasi portal ini bagaimanapun sudah dijangka selepas portal berkenaan disenarai hitam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sejak penghujung Disember 2015.

Kemudian pada bulan yang sama, portal Wall Street Journal melaporan Perdana Menteri Malaysia dan Isteri didakwa sudah membelanjakan sejumlah USD15 juta menggunakan wang 1MDB untuk membeli barang kemas serta membeli belah.

Perbelanjaan berkenaan dikatakan dibuat pada penghujung tahun 2014 iaitu semasa dalam perjalanan untuk lawatan rasmi ke Amerika Syarikat.

Tahun 2016 juga merupakan ulangtahun ke 15 untuk peristiwa Menara World Trade Centre di New York, Amerika Syarikat yang musnah.

Peristiwa berkenaan berlaku pada 11 September 2001, dimana sebuah pesawat komersial sarat dengan penumpang dikatakan dirampas oleh penganas dan kemudian melanggar menara berkenaan

Pada awal Oktober, negara dikejutkan dengan rampasan terbesar berjumlah RM52 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah yang dipercayai hasil aktiviti rasuah oleh penjawat awam.

Apa yang menarik adalah tempoh masa mengira wang berkenaan dilakukan selama 15 jam membabitkan 30 anggota SPRM.

Selang tiga minggu, menerusi Budget2017, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan diskaun 15 peratus kepada peminjam PTPTN jika melangsaikan secara penuh sehingga penghujung tahun hadapan.

Menjelang dua minggu sebelum tahun baru, Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhamad V diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Sultan Kedah.

Related Articles