17
Namun bagaimana dengan alasan angin sebagai punca kenderaan anda menjadi laju?
Seorang pemandu di Australia Barat memberi tahu polis bahawa angin perlu disalahkan selepas dia ditahan kerana memandu lebih 16 kilometer sejam daripada di zon had laju 109 kilometer sejam.
Surat saman itu yang dikongsikan dalam laman sosial Twitter milik polis tempatan menunjukkan alasan pemandu tersebut yang bertulis, “Angin menolak (kereta) saya.”
Dalam kapsyen gambar tersebut, pihak polis menyifatkan alasan tersebut sebagai alasan paling melucukan yang pernah mereka dengari.
Pemandu tersebut dikenakan denda sebanyak AUS$200 (RM600) atas kesalahan tersebut yang dilakukan pada 23 Januari lalu.