Ancaman bom palsu cetus kesesakan trafik di Bandar Utama

Kejadian itu berpunca apabila pihak kolej menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 11.50 pagi yang mendakwa pelajar institusi itu meletakkan bom di kolej berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan tiada bahan letupan ditemukan di kolej itu.

“Selepas melakukan pemeriksaan secara fizikal dan pemerhatian di bangunan kolej menggunakan unit K9, tiada bahan letupan ditemukan,” katanya.

Menurut saksi, kira-kira 300 pelajar keluar menyelamatkan diri dari bangunan tersbeut dan berkumpul di luar selepas loceng kecemasan berbunyi.

Trafik dilaporkan lancar di kawasan tersebut selepas kejadian.

Related Articles