13
Lima panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak permohonan lelaki berusia 31 tahun itu.
Berasal dari Ulu Baram, Jabing didapati bersalah membunuh buruh binaan pada 2008 ketika cuba merompak mangsa.
Mengikut jadual, Jabing sepatutnya menjalani hukuman itu pada 6 November lalu bagaimanapun ditangguhkan selepas peguamnya mempersoalkan beberapa isu berkaitan prosedur pengendalian kes berkenaan.
Berdasarkan rekod, Jabing dihukum mati pada 2010 tetapi pada Ogos 2013, susulan kajian semula undang-undang mati mandatori Singapura, Mahkamah Tinggi memutuskan tertuduh dihukum penjara seumur hidup dengan 24 sebatan.
Pendakwa Raya mencabar keputusan itu di Mahkamah Rayuan dan susulan itu Jabing dijatuhi hukuman mati. – MStar