Anak pengasas MIC jumpa Saravanan bincang perkembangan parti

Saravanan merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC secara lantikan setelah tewas dalam merebut jawatan Timbalan Presiden parti kepada Datuk Seri S.K.Devamany.

Saravanan menerima kunjungan Nirvan Thivy dipejabatnya dan pelbagai isu mengenai perkembangan dan kejayaan MIC yang diasaskan mendiang bapanya dibincangkan dalam pertemuan itu.

Difahamkan bahawa Nirvan gembira dan teruja dengan kejayaan yang dikecapi MIC yang telah dimulakan mendiang bapanya kini dibawah kepimpinan Presiden semasa Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Juga dikatakan bahawa beliau berpuas hati dengan perkembangan MIC yang masih berada pada landasan perjuangan sama yang diamanatkan John Thivy selaku Presiden pertama ketika itu.

Nirvin Thivy yang merupakan anak ketiga dari enam beradik telah dilahirkan di Ipoh semasa ibu bapanya berada di Malaya, sebelum berpindah ke Singapura, Mauritius, Syria, Itali dan Belanda bersama keluarga.

Nirvin kini menetap di India dan bersara sebagai pegawai tertinggi tentera laut India selepas berkhidmat selama lebih 10 tahun. – Malaysia Nanban

Related Articles