Amiruddin lepas jawatan YDP PAS Kedah

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan terus kekal bersama parti.

“Beliau kekal memegang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Pengerusi Pembangunan Kompleks Pas Kedah dan beberapa entiti lain yang diberi tanggungjawab ke atasnya oleh Badan Perhubungan Pas negeri.

“Beliau (Amiruddin) kekal dan terus memberi khidmat kepada PAS,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas berita peletakan jawatan Amiruddin mulai tersebar sejak petang semalam.

Amiruddin bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakannya itu.

Related Articles