Ambil BR1M, tapi jangan terhutang budi

Menurut Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, orang Melayu di negara ini diingatkan untuk terus ‘bebas’ dalam membuat pilihan sambil menambah rakyat mempunyai peluang untuk mengubah masa depan negara. 

“Mereka mesti ambil duit BR1M, tetapi tidak perlu berasa terhutang budi untuk mengundi BN. Untuk bebas, mereka tidak boleh memepercayai (berita) disiarkan TV3 tanpa memeriksa sumber-sumber lain,” katanya di dalam blog beliau. 

Bekas anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata, alternatif itu adalah pilihan lain daripada menjadi ‘hamba’ pemimpin rasuah dan pembohong.

Pada masa yang sama, katanya, para peneroka Felda juga mempunyai pilihan sama ada mahu kekal dengan hutang atau bersetuju untuk menerima pendahuluan RM1,500 yang tidak mampu dibayar balik atau boleh mengambil alih tanah mereka semula dengan mengundi kerajaan baru.

“Rakyat Malaysia di kawasan bandar boleh buat keputusan jika mereka mahu sebuah kerajaan yang membelanjakan beratus-ratus bilion ringgit untuk kereta api laju dan bangunan 100 tingkat.

“Atau mereka mahu lebih banyak dana yang ada untuk pendidikan anak-anak mereka, perumahan dan kemudahan sosial asas,” katanya.

Related Articles