Amanah sokong cadangan tubuh Bank of Johor

Salahuddin berkata, Amanah juga bersedia untuk menyumbang idea dalam menubuhkan institusi kewangan itu,

“Amanah menjunjung dan menyokong penuh cadangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menubuhkan ‘Bank of Johor’ bagi kemudahan rakyat di negeri itu.

“Penubuhan bank persendirian ini diyakini dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan di negeri itu bukan sahaja dalam membuat pinjaman perumahan malah juga untuk pelaburan,” katanya, dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Salahuddin berkata, Amanah bagaimanapun mengharapkan Bank of Johor ini didasarkan kepada perbankan tanpa faedah dengan kata lain perbankan Islam yang lebih progresif.

Related Articles