Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata ini kerana parti itu mempunyai beberapa calon yang kesemuanya memiliki kelebihan tersendiri dan diyakini akan diterima rakyat di kawasan itu.
Beliau berkata pihaknya juga telah membuat keputusan untuk mencadangkan calon daripada parti itu bagi PRK berkenaan.
“Segala gerak kerja bertemu masyarakat dan pengundi telah pun dibuat bagi memperkenalkan misi dan visi parti, malah program kemasyarakatan juga akan diperbanyakkan,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Kerusi parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Turut terkorban dalam nahas itu ialah Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta empat yang lain termasuk juruterbang. – Bernama