Allahyarham Haron Din terima Anugerah Khas Maal Hijrah

Pemilihan bekas Mursyidul Am PAS itu sebagai menghargai sumbangan besar ulama tersebut dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2016, pada Ahad.

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pula diberikan kepada Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim di atas jasa dan sumbangan beliau memperkukuhkan undang-undang syariah Malaysia.

Related Articles