VIDEO: Allahuakbar, air dah ada!

Dalam satu video brtajuk ‘sahaja aku mandi’ yang dimuat naik di laman Facebook ‘Abdul Rani Kulup Fans – Official’, beliau meluahkan rasa gembira apabila bekalan air mula pulih.

“Dah ada air dah…Allahuakbar, kipidap, dongibab…Ya Allah, air dah ada. Inilah berkat kesabaran rakyat tidak ada air. Apalagi, simpan air. Sentiasa bersyukur kepada Allah, Ya Allah, air sudah ada,” katanya, dalam video berdurasi 37 saat dan diakhiri laungan Allhuakbar sebanyak tiga kali.

Beliau yang turut digelar raja laporan polis itu turut menyindir tindakan Ketua Gerakan Baju Merah Jamal Yunos yang bertuala dan membawa peralatan mandi untuk mandi di bangunan Setiausaha kerajaan Negeri (SUK) Selangor pagi tadi.

“Maafkanlah sahabat ayah ini. Sejak kemalangan langgar tiang lampu jalan kelmarin kepala dia tidak berapa betul sangat. Kadang-kadang ayah tanya nama dia sendiri pun dia lupa. Jumpa ayah panggil Eman Manan.

“Tempoh hari ayah bawa berubat ditampar muka dukun sampai pekak. Habis pasu bunga dekat rumah dukun itu disepaknya,” kata Rani, di laman Facebook itu.

Posting itu turut melampirkan beberapa keping gambar Jamal yang bertuala dan menyelitkan berus gigi berwarna kuning di teinganya dalam usahanya untuk mandi di pejabat Menteri Besar Mohamed Azmin Ali susulan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor.

Bermula 19 Disember yang lalu dilaporlan kira-kira 3,892,641 pengguna di Lembah Klang akan terjejas akibat gangguan bekalan air ekoran kerja penyenggaraan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang Bukit Badong, Hulu Selangor.

Loji rawatan air (LRA) yang terjejas adalah LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Gangguan bekalan air itu dijangka berterusan selama 16 jam dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Beberapa kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur akan terjejas kerana ia melibatkan tiga loji rawatan air yang membekalkan air kepada 60% penduduk di Lembah Klang.

 

 https://www.youtube.com/watch?v=AcYwhw33ZkI

Related Articles