Aku dan tukang gantung

Besar orangnya, misai tebal. Katanya bukan senang nak isi jawatan ini kerana pelbagai faktor diambil kira termasuk latar belakang dan sejarah kewangan pemohonnya. Hah, sejarah kewangan? Ya, kata pegawai tadi.

Memang jadi tradisi Jabatan Penjara tak akan ambil pegawainya yang banyak hutang untuk isi jawatan Tukang Sebat atau Tukang Gantung. Kata pegawai tadi, nak sebat orang dengan nak gantung orang kena profesional, ia tidak boleh dipengaruhi emosi dan masalah peribadi!

OK. Kemudian aku tanya pegawai tadi, ramai tak yang memohon jadi Tukang Gantung. Jawabnya tak ramai. Ini kerana benda paling ‘scarry’ lepas gantung pesalah ialah di saat hendak melonggarkan tali gantung itu dari leher si mati selepas hukuman itu dijalankan.

” Masa nak longgarkan tali gantung itu, selalunya mayat akan ‘sendawa’…akan ada bunyi seperti ‘erkkkkkk’ keluar dari mulutnya….memang kalau tak biasa confirm kita akan lari tak cukup tanah. Sebenarnya bukan sendawa dalam erti kata yang sebenarnya tetapi ia adalah angin yang keluar dari tubuh si mati,” kata pegawai tadi.

Saya juga tanya pada pegawai tadi, berapa lama si pesalah ini akan ‘menggelupur’ tercekik sebelum meninggal dunia, pegawai tadi kata sebenarnya punca kematian pesalah yang digantung bukan kerana TERCEKIK seperti yang difikirkan semua orang.

Katanya, yang menyebabkan kematian itu adalah kerana tulang lehernya patah, bukan kerana jerutan tali gantung itu.

” Selepas platform itu terbuka, pesalah akan jatuh ke bawah dan tali gantung itu akan menyebabkan tulang lehernya patah, ini sekaligus akan menyebabkan pesalah itu mati dan ia cuma mengambil masa beberapa saat untuk dia menemui ajal. Leher pesalah pun takkan luka kerana tali itu dibalut dengan kulit, lebam tu adalah.

Lagi satu kena ingat, pesalah yang telah menjalani hukuman mati ni tak perlu bedah siasat (post mortem). Keluarga atau waris dah boleh terus tuntut, kalau tiada, kita sendiri uruskan pengkebumiannya,” kata pegawai tadi.

Mengenai makanan terakhir untuk pesalah, pegawai tadi berkata, memang Jabatan Penjara akan cuba sedaya mungkin memenuhi permintaannya. Walaupun adakalanya lebih dari RM7.50 (kos yang ditetapkan), tetapi kalau dia teringin sangat pihak penjara tetap akan cuba memenuhi permintaannya.

” Selalunya depa dah tak lalu nak order apa dah. Banduan Islam pula selalunya dah mula puasa,” kata pegawai yang bukan beragama Islam itu.

Saya juga diberi peluang masuk ke sel banduan akhir di Penjara Kajang. Biliknya luas. Bersih tetapi sunyi. Banduan akhir ini dikenali sebagai BA tetapi di kalangan banduan mereka dikenali sebagai ‘BANDUAN AGONG’.

Ini kerana mereka diberi banyak keistimewaan termasuk tak perlu bekerja seperti mana banduan lain. Malah setiap banduan, tak kira agama, diberi peluang untuk belajar agama mengikut kepercayaan masing-masing.

Saya pernah tanya pegawai @ tukang gantung tadi, betul ke ada cakap-cakap orang kat luar sana yang kononnya ada banduan yang pernah digantung tetapi tidak mati, sehingga terpaksa digantung untuk kali kedua.

” Kalau dengar cakap orang di luar sana, ada 1,001 satu cerita yang karut marut. Setakat ini, sebut saja siapa penjenayah terkenal atau kononnya hebat, semua yang saya gantung mati ‘sekali jalan’. Memang boleh ketawa kalau dengar cakap orang,” katanya sambil tersenyum.

Beliau kemudiannya mempelawa saya untuk melihat bilik gantung. Saya menolaknya dengan baik. Kemudian beliau menambah: ” Jangan risau Encik Syahril, kalau pun encik nak tengok, saya TAK AKAN bagi kecuali encik sendiri ‘masuk senarai’ heheheh “

Saya hanya tersenyum. ‘Ngeri’ pulak lawak mamat ini, huh!

 

Dipetik dari Facebook Syahril A. Kadir

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial TheRakyatPost.my

Related Articles