Akta Perlindungan Guru akan diteliti

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata setakat ini tiada maklumat lanjut hasil daripada cadangan itu.

“Oleh kerana cadangan itu daripada mesyuarat UMNO bahagian, kita perlu semak dan teliti terlebih dahulu dan saya belum mendapat maklumat terperinci mengenai cadangan itu.

“Ini proses biasa apabila sesuatu cadangan daripada mana-mana pihak, kita teliti sebelum dibawa dalam mesyuarat di peringkat jabatan dan kementerian untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dalam Parlimen Tanah Merah, pada Isnin.

Usul bagi penggubalan akta itu antara yang diluluskan mesyuarat selepas dicadang oleh seorang perwakilan daripada Wanita UMNO Bagan Datoh, Zalilawati Majidah.

Zalilawati ketika membentangkan usul itu berkata, akta berkenaan perlu digubal bagi melindungi guru daripada diserang, diugut dan diancam oleh pelajar serta ibu bapa ketika menjalankan tugas rasmi. – BH Online

Related Articles