Akta 355 akhirnya dibentang, Hadi perjelas sesi akan datang

 

Beliau yang juga Presiden PAS itu membuat pembentangan di Dewan Rakyat dan selanjutnya memohon untuk membuat penjelasan lebih terperinci mengenai pindaan tersebut pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Sesi penjelasan itu dimohon kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menurut beliau, masih ramai lagi yang tidak faham sepenuhnya mengenai pindaan yang dibawa dan diperjuangkan oleh parti itu.

“Memandangkan pindaan ini memerlukan pemahaman yang jelas walaupun sudah ada secara bertulis yang sudah diedarkan kepada ahli Parlimen, namun masih ada lagi kekeliruan.

“Polemik dalam dewan ini melibatkan semua pihak walaupun RUU355 ini khusus untuk umat Islam sahaja, berkait bidang kuasa raja namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat maka saya mohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15/5,” katanya dalam Dewan Rakyat pada Khamis.

Permintaan itu disambut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan menjelaskan beliau membenarkan permintaan Abdul Hadi berkenaan.

“Saya izinkan usul ini disambung ke mesyuarat akan datang,” jelasnya.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.

Ia bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan.

Related Articles