22
Perkara itu disuarakan selepas kumpulan wakil waris mangs, Voice370 menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan pertemuan dengan Tiong Lai.
Kumpulan itu berkata pada Ahad, jurucakap mereka, Danica Weeks akan menghantar surat kepada Tiong Lai untuk meminta misi pencarian disambung semula selepas usaha berkenaan dihentikan pada minggu lepas.
“Saya akan menerima surat mereka pada hari ini (Isnin).
“Saya akan bertemunya dan kami berharap dapat berbincang dengan baik,” kata Tiong Lai kepada pemberita ketika ditemui di Perth pada Isnin.
Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang serta anak kapal. – REUTERS