AirAsia syarikat penerbangan terbaik kategori penumpang

Pada majlis itu juga, syarikat penerbangan tersebut berjaya merangkul anugerah tambang murah terbaik bagi kategori penumpang.

Dalam pada itu, bagi kategori kargo, syarikat MAB Kargo Sdn. Bhd. (MASkargo) dan Cathay Pacific berjaya memenangi masing-masing bagi kategori syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa terbaik.

Bagi kategori syarikat penerbangan yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang pula diraih syarikat penerbangan, Japan Airlines.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan disaksikan oleh Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Sementara itu, Tiong Lai dalam ucapannya berharap, anugerah tersebut menjadi pemangkin kepada setiap syarikat penerbangan dan penyedia perkhidmatan untuk memberi khidmat lebih baik kepada orang ramai.

“Majlis anugerah ini sangat penting bagi menetapkan penanda aras yang tinggi kepada semua pihak dalam industri ini untuk turut sama berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

“Bagi mencapai kejayaan dan menghadapi cabaran di masa hadapan, pemain dalam industri ini perlu sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan menerokai inovasi baharu untuk keselesaan penumpang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuji kejayaan MAHB mencatatkan pertumbuhan penumpang sebanyak 4.4 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Katanya, kejayaan itu melebihi jangkaan awal MAHB iaitu sebanyak 2.5 peratus pertambahan trafik, memetik Utusan Online.

 

Related Articles